Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan trader,
Saya Azmin, atau lebih dikenali sebagai Nahnu, telah mula berkecimpung dalam industri Forex dan Kripto sejak tahun 2008. Perjalanan saya bermula sebagai seorang trader bersama broker InstaForex, sebelum beralih kepada bidang Introducing Broker (IB) juga di bawah platform yang sama.
Sepanjang tempoh 2008 hingga 2011, saya aktif dalam dua bidang utama iaitu trading dan pembangunan rangkaian IB. Pada tahun 2012, saya diberi kepercayaan untuk mengetuai pejabat cawangan InstaForex Pulau Pinang, lengkap dengan pasukan Business Development Manager (BDM) dan Account Manager, dengan misi utama untuk memperluaskan rangkaian trader, khususnya di kawasan Pulau Pinang dan sekitarnya.
Tahun 2012 juga merupakan titik permulaan baru dalam kerjaya saya sebagai seorang Local Depositor (LD). Malah, ramai klien lebih mengenali saya sebagai LD, berbanding peranan saya sebelum ini sebagai trader atau IB. Saya menguruskan pejabat tersebut hampir 11 tahun, dari tahun 2012 hingga 2022.
Pada tahun 2023 dan 2024, saya bergerak secara independen dan tidak lagi terikat secara rasmi dengan InstaForex, namun masih aktif sebagai LD.
Pada July 2024, saya telah menubuhkan Nahnu Traders Hub (NTH) atau dikenali juga sebagai NTH Akademi. Penubuhan ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan ilmu kepada para trader baru serta trader berpengalaman, merangkumi aspek Forex Trading dan juga pembangunan IB.
Sebenarnya, dalam industri Forex, terdapat pelbagai cabang pendapatan yang boleh diterokai selain daripada aktiviti trading itu sendiri. Namun, ramai yang masih belum sedar akan potensi ini. Sebagai contoh, bagi mereka yang berpengalaman, anda boleh menjadi seorang pengajar, penyedia signal, atau penasihat (advisor). Semua ini boleh dijalankan secara aktif atau pasif bagi menjana pendapatan tambahan.
Pada Mac 2025, saya telah diberi kepercayaan dan ditawarkan untuk menerajui pasukan OneRoyal Malaysia sebagai ketua. Dalam peranan ini, saya bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran operasi broker di Malaysia, menjaga hubungan dengan klien sedia ada, serta memperluaskan rangkaian klien baharu di seluruh negara.
