Broker pilihan

NTH Academy @ Nahnu Traders Hub: Berdiri Bebas & Profesional

NTH Academy tidak terikat dengan mana-mana broker dan tidak dibiayai oleh mana-mana institusi broker termasuk OneRoyal atau InstaForex atau mana2 broker yang lain. Ini bermaksud NTH kekal bebas dalam memberi pendidikan dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak tertentu. Ini menjadikan NTH Academy boleh bercampur dengan mana2 broker lain

Namun, saya sendiri sebagai owner kepada NTH Academy dan juga Team Leader untuk pasukan utama BDM OneRoyal Malaysia, ini bermakna keutamaan saya adalah kepada OneRoyal. Kesetiaan saya hanya kepada OneRoyal. Namun, akademi ini sendiri tidak menghalang kepada konsep kerjasama dengan broker lain untuk sewaan tempat dan kemudahan pejabat, penggunaan peralatan atau akademi mengajar. Asalkan ada konsep win-win situation.

Kenapa kami menjadikan OneRoyal sebagai broker pilihan utama kami, kerana:

  • Broker yang sangat berpengalaman dan dikawal selia (regulated) dengan baik, terutama di Eropah.
  • Telah beroperasi sejak 2006, membuktikan kestabilan dan daya tahan dalam industri.
  • Mempunyai kapasiti kewangan kukuh serta rekod pembayaran kepada klien yang diyakini.
  • Menawarkan akses kepada pelbagai instrumen global dengan persekitaran dagangan yang profesional.

Sebagai seorang yang telah lama dalam industri ini, saya amat menekankan soal pemilihan broker. Ini kerana sejarah telah menunjukkan terlalu banyak kes broker menutup operasi, melarikan dana, atau gagal membayar klien, berlaku saban tahun. Maka kami hanya akan mencadangkan broker yang benar-benar terbukti kukuh dan memberi manfaat kepada trader.